Kelab Penyayang pupuk semangat kerjasama
Oleh: Hanani, Amirah & A'lia
NILAI- Baru-baru ini, seramai 20 orang ahli Kelab Penyayang Usim menjadi sukarelawan untuk membantu penduduk Taman Semarak, Negeri Sembilan dalam usaha menubuhkan penempatan baru rumah Anak Yatim Semarak.
Aktiviti ini secara tidak langsung telah memupuk semangat kerjasama di kalangan mahasiswa serta mendidik mahasiswa mencapai matlamat dalam kerja berpasukan.
Menurut Encik Rahim, pengasas pertubuhan Anak Yatim Semarak, beliau terharu dan menghargai kerjasama daripada mahasiswa terutamanya ahli Kelab Penyayang yang menyumbang tenaga dan membantu membersihkan tapak baru rumah anak yatim ini.
“Mengikut perancangan, setelah rumah anak yatim ini didirikan, pertubuhan ini amat memerlukan soko- ngan, didikan dan bimbingan ilmu terutamanya di kalangan mahasiswa USIM, ” katanya lagi.